Webinar Anak dan Gadget: Apa Peranan Ibu Bapa
30 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 Mei 2026, telah berlangsung webinar bertajuk “Anak dan Gadget: Apa Peranan Ibu Bapa” bersama penceramah jemputan En. Muhammad Syakirin bin Md Salleh pada pukul 10.30 pagi. Program ini memberi fokus kepada isu penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak serta peranan ibu bapa dalam membimbing dan mengawal penggunaannya.
Peserta diberi pendedahan tentang kesan positif dan negatif penggunaan gajet terhadap perkembangan anak-anak, termasuk aspek pembelajaran, kesihatan, dan hubungan sosial. Penekanan turut diberikan kepada strategi ibu bapa dalam menetapkan had masa, membina komunikasi berkesan, serta menjadi teladan dalam penggunaan teknologi.
Webinar ini diharap dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang tanggungjawab mereka dalam memastikan penggunaan gajet yang seimbang demi kesejahteraan anak-anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: